
TEKNOLOGI BERMANFAAT
Sudah tidak menjadi asing lagi makhluk yang bernama teknologi ini menjadi satu peralatan untuk memudahkan urusan manusia sejagat. Teknologi boleh dedifinasikan sebagai sebuah peralatan, mesin dan proses untuk melancarkan pengurusan atau pekerjaan manusia. Terdapat 3 sebab yang ingin saya kongsikan kali ini.
Pertama sekali, teknologi yang terdapat di sekeliling kita dapat membantu menambah baik sistem pendidikan dan pembelajaran di Malaysia. Teknologi serba canggih ini membolehkan suasana pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan keatas para pelajar bahkan para pendidik dapat menyampaikan sesi pembelajaran dengan lancar dan kondusif. Sebagai contoh penggunaan LCD (liquid crystal display) semasa sesi pemebelajaran di dalam kelas/kuliah. Penggunaan LCD ini mampu memancarkan sebuah paparan yang menarik dari Komputer/laptop dan ianya mengandungi gabungan multimedia didalamnya.